WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan Modul 3 - Sesi April 2026

22 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2026 (Selasa) – NADI Bengoh telah menyertai Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan: AI untuk Mencipta Kandungan yang berlangsung secara dalam talian dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, dengan penyertaan seorang peserta tempatan.

Webinar ini memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan berkesan bagi tujuan pemasaran. Peserta turut didedahkan kepada asas penggunaan AI serta kepentingannya dalam meningkatkan kehadiran digital dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara lebih strategik.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan peserta dalam pemasaran digital berasaskan teknologi terkini, sekaligus menyokong pembangunan kemahiran usahawan tempatan di NADI Bengoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali